EMAS CREDIT SDN. BHD. ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa laman web:
https://emascreditmy.com/
BUKAN milik, BUKAN dikendalikan, dan TIDAK mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana laman web, platform, individu atau pihak ketiga lain yang menggunakan nama EMAS CREDIT SDN. BHD. tanpa kebenaran rasmi kami.
Laman web tersebut telah menggunakan nama dan identiti syarikat kami tanpa kebenaran rasmi kami dan didapati terlibat dalam aktiviti yang mengelirukan orang awam.
Kami dengan ini memaklumkan bahawa EMAS CREDIT SDN. BHD. TIDAK mempunyai sebarang hubungan, kaitan, pengesahan atau pengiktirafan dengan mana-mana laman web, platform, individu atau pihak ketiga yang menggunakan nama syarikat kami secara tidak sah.
Sebarang tindakan, permohonan pinjaman, atau komunikasi yang dibuat melalui laman web tersebut adalah di bawah risiko sendiri.
Sebarang urusan, permohonan pinjaman, atau komunikasi yang dibuat melalui laman web tersebut adalah TIDAK diiktiraf oleh EMAS CREDIT SDN. BHD.
Kami menggalakkan serta memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengambil tindakan bagi pihak syarikat kami bagi membataskan dan menghentikan aktiviti yang merugikan pihak syarikat kami.
Kami memandang serius sebarang penyamaran atau penggunaan nama syarikat kami dan berhak mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan orang awam. Sila laporkan sebarang insiden yang berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan.
Sebelum membuat sebarang urusan dengan mana-mana pihak yang mendakwa sebagai EMAS CREDIT SDN. BHD., sila pastikan anda berinteraksi hanya melalui saluran rasmi berikut:
Kami menggesa orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan berhubung terus dengan kami sekiranya mempunyai sebarang keraguan. Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak yang tidak dikenali.
Salam Rasmi Emas Credit SDN BHD
Ingatan: EMAS Credit tidak pernah meminta bayaran pendahuluan, yuran pemprosesan atau sebarang deposit sebelum kelulusan pinjaman. Jika ada pihak meminta perkara tersebut atas nama kami, sila laporkan kepada polis atau hubungi kami segera di 03-6413 2396.